◉ HEADLINES

Bapa, bayi 11 bulan maut dalam nahas tiga kenderaan

Kereta dinaiki dua beranak itu dirempuh sebuah kereta Mercedes Benz yang datang dari arah Sungai Siput menghala ke Ipoh

9:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bersama bayinya berusia 11 bulan maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Kangsar dekat Klebang Restu, Ipoh, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.21 pagi itu, lelaki berusia dalam lingkungan 20 tahun yang memandu Proton Saga maut di lokasi kejadian, manakala anaknya disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Menurutnya, pemandu Proton Saga berkenaan dikatakan keluar simpang untuk melintas jalan sebelum dirempuh sebuah kereta Mercedes Benz yang datang dari arah Sungai Siput menghala ke Ipoh.

“Kemalangan itu mengakibatkan Proton Saga tersebut terbabas sehingga merempuh sebuah lagi kereta iaitu Perodua Alza yang berada di susur kiri jalan dari arah Klebang Restu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Yahaya berkata, dua pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat terbabit dihantar ke Unit Forensik HRPB untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Justeru, polis meminta mana-mana individu yang menyaksikan kemalangan tersebut supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhamad Shahrul Rizwan Wan Ali, di talian 013-6218531 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. – 17 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related