◉ HEADLINES

Setiausaha akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya: PM

Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat mempunyai peranan penting menyebar luas dasar, inisiatif dan pencapaian kerajaan

11:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat, selaku jentera utama komunikasi kerajaan, memiliki peranan penting merangka strategi komunikasi dan naratif berkesan bagi melawan fitnah dan tipu daya pihak tertentu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ini terutama sekali dalam menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat dan mengangkat kembali martabat negara ini.

“Usaha dan pendekatan yang diambil tidak akan membawa hasil yang segera, tetapi apa yang pasti rakyat mendapat manfaat dalam tempoh jangka masa panjang,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini.  

Terdahulu, beliau menyempurnakan penutupan Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Unit Komunikasi Korporat di Putrajaya, yang menjadi kesinambungan daripada Pemukiman Jemaah Menteri bulan lepas.

Perdana Menteri berkata beliau meletakkan jangkaan amat tinggi terhadap prestasi dan gerak kerja Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat yang mempunyai peranan penting menyebar luas dasar, inisiatif dan pencapaian kerajaan.

Beliau turut melahirkan keyakinan pemukiman itu dapat memperbaiki dan memperkukuh usaha kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan terus kepada rakyat.

Turut hadir dalam program pemukiman selama dua hari yang bermula semalam itu ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa. – 17 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related