◉ HEADLINES

Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS

Ringgit bagaimanapun dijangka menyaksikan urus niaga lebih rendah hari ini ketika data-data menunjukkan AS kekal berdaya tahan

11:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) walaupun negara maju itu mencatat inflasi lebih tinggi, kata penganalisis.

Pada 9 pagi ini, ringgit diniagakan di paras 4.7750/7805 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7820 pada akhir urus niaga Jumaat lalu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit bagaimanapun dijangka menyaksikan urus niaga lebih rendah hari ini ketika data-data menunjukkan AS kekal berdaya tahan, termasuk Indeks Sentimen Pengguna (ISP) oleh Universiti Michigan yang menokok 79.6 mata pada Februari daripada 79.0 mata pada bulan sebelumnya.

Dalam pada itu, bank pusat China pula tidak menurunkan kemudahan pinjaman penggal pertengahan yang mencecah 2.50 peratus pada masa ini.

Kadar utama itu telah diturunkan pada Ogos tahun lepas.

Mohd Afzanizam berkata, keputusan itu memaparkan pendirian bank pusat People’s Bank of China yang tidak dapat memutuskan langkah rangsangan tambahan bagi merancakkan lagi aspek monetari walaupun ekonominya mengalami tekanan deflasi.

“Atas alasan itu, ringgit-dolar dijangka bergerak dalam julat RM4.76 hingga RM4.77 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama termasuk susut berbanding yen Jepun kepada 3.1846/1885 daripada 3.1780/1818 pada akhir Jumaat lalu.

Ringgit juga rendah berbanding pound Britain kepada 6.0265/0335 daripada 6.0117/0186 serta susut berbanding euro kepada 5.1508/1567 daripada 5.1419/1478 sebelum ini.

Berbanding mata wang Asean lain, ringgit juga diniagakan lebih rendah.

Ia susut sedikit berbanding baht Thailand kepada 13.2831/3054 berbanding 13.2559/2763 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.5507/5551 daripada 3.5479/5522.

Ringgit turun berbanding peso Filipina pada 8.54/8.56 daripada 8.53/8.55 dan susut berbanding rupiah Indonesia pada 305.6/306.0 daripada 305.7/306.0, sebelumnya. – 19 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related