◉ HEADLINES

Status kesihatan jadi perbualan, Dr Mahathir masih dirawat susulan jangkitan kuman di IJN

Menurut pembantunya, tiada kepastian bilakah Dr Mahathir akan dibenarkan keluar kerana ia perlu menunggu IJN berpuas hati dengan tahap pemulihannya

1:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih menjalani rawatan, susulan jangkitan kuman di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau hanya akan dibenarkan keluar selepas IJN berpuas hati dengan tahap pemulihan kesihatannya, kata pembantunya, Sufi Yusof kepada media.

Sufi turut berkongsi gambar Dr Mahathir yang sedang berehat di suite pusat pakar jantung itu.

“Dr Mahathir kini masih dirawat dan sedang dalam proses pulih daripada jangkitan.

“Saya tidak boleh katakan bila beliau akan dibenarkan keluar, melainkan sehingga IJN berpuas hati dengan tahap pemulihannya,” katanya.

Dalam gambar dikongsi Sufi hari ini, Dr Mahathir yang berumur 99 tahun pada 10 Julai ini, dilihat duduk di meja membaca akhbar, mencatat nota dan meneliti dokumen sambil berpakaian baju batik moden bercorak warna biru serta kelabu.

Semalam, sumber menolak dakwaan dalam talian mengenai status kesihatan Dr Mahathir, malah mengatakan bahawa beliau sedar dan berada dalam keadaan stabil.

Pada 13 Februari lalu, dilaporkan Dr Mahathir akan berehat beberapa hari di IJN selepas menjalani rawatan kerana mengalami jangkitan kuman.

Perkembangan itu dimaklumkan selepas beliau dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu.

Ogos tahun lalu, Dr Mahathir turut dimasukkan ke IJN untuk rawatan berkaitan jangkitan kuman. – 20 Februari 2024 -ends-

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related