◉ HEADLINES

‘Gila’ kejar populariti di media sosial: Sikap segelintir anak muda membimbangkan

Anak muda mengejar rating disebabkan oleh tekanan untuk mendapatkan perhatian dan pengiktirafan

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sikap segelintir anak muda mengejar populariti di media sosial ketika ini amat membimbangkan, berkemungkinan mendorong kepada tindakan dan perilaku ekstrem.

Bercakap kepada Scoop, Pakar Psikologi, Prof. Mariani Md Nor berkata, jika tidak dikawal dan dipantau, ia dikhuatiri boleh membawa kepada aksi yang membahayakan individu itu sendiri mahupun orang sekeliling.

Kejadian Khamis lalu, di mana seorang pekerja p-hailing bertindak membakar sebuah kereta polis bantuan dan memuat naik video kejadian tersebut bagi mendapatkan perhatian di aplikasi TikTok. – Gambar PDRM, 21 Februari, 2024

Mengambil contoh kejadian baru-baru ini melibatkan kes membakar kereta peronda polis bantuan, katanya, ia dilakukan semata-mata untuk mendapatkan ‘like’ (tanda suka) dan ‘share’ (perkongsian) di media sosial.

“Tabiat ini perlu diambil berat oleh rakan dan keluarga individu itu, ini kerana orang muda sekarang bersaing untuk melakukan konten yang makin melampau. Contohnya, seorang pereka konten mungkin sanggup terjun dari bukit dan membahayakan diri semata-mata untuk mendapat ‘like’ dan ‘share’,” katanya,

Beliau mengulas kejadian Khamis lalu, di mana seorang pekerja p-hailing bertindak membakar sebuah kereta polis bantuan dan memuat naik video kejadian tersebut bagi mendapatkan perhatian di aplikasi TikTok.

Mariani berkata, anak muda zaman sekarang semakin mengejar rating di media sosial disebabkan oleh tekanan untuk mendapatkan perhatian dan pengiktirafan dalam masyarakat yang semakin terhubung secara digital.

“Mereka yang sanggup berbuat aksi sebegini mempunyai keperluan pengiktirafan dan penghargaan daripada orang sekeliling yang tinggi.

“Selain itu, ada juga yang ingin membuktikan kebolehan dirinya dan menunjukkan dirinya hebat,” katanya.

Pakar psikologi kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad pula berkata, peranan keluarga sangat penting dalam menghalang gejala ini.

“Ahli keluarga perlu memberikan arahan moral, pengawasan dan sokongan emosional kepada anak-anak mereka dalam menggunakan media sosial dengan bertanggungjawab,” tegasnya.

Selain itu beliau mencadangkan pihak kerajaan mengambil pelbagai langkah termasuk menyediakan pendidikan kesedaran digital yang melibatkan isu-isu seperti kesan negatif mencari perhatian di media sosial.

“Ia juga penting bagi kerajaan untuk menyediakan program sokongan psikologi bagi membantu individu yang mungkin terjebak dalam tekanan untuk mendapatkan perhatian dalam media sosial,” katanya.

Beliau berkata, pihak yang bertanggungjawab perlu menguatkuasakan undang-undang yang menangani tindakan ekstrem yang dilakukan demi mendapatkan rating di media sosial.

Pendakwah bebas, Muzayyanah Abdullah berkata, individu yang bertindak sebegitu tidak mengamalkan ajaran agama yang baik.

Katanya, mereka yang melakukan ‘aksi terlarang’ di media sosial adalah mereka yang membuat perbuatan berdasarkan emosi dan nafsu. – 21 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related