◉ HEADLINES

Tiada kata dapat gambarkan betapa beliau amat bermakna kepada saya, luah Raghad

Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada 4.40 pagi tadi selepas kira-kira seminggu menerima rawatan di hospital CVSKL

10:17 AM MYT

 


KUALA LUMPUR – “Tiada kata dapat gambarkan betapa beliau amat bermakna kepada saya,” demikian luahan sedih Toh Puan Raghad Kurdi Taib susulan kematian suaminya, Tun Abdul Taib Mahmud.

Sambil mengumumkan mengenai kematian suaminya itu menerusi Instagram, Raghad turut mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham.

“Inna Lillahi Wa Inna Ilayhi Raji,un.

“Dengan dukacitanya mengumumkan pemergian suami saya, YABhg Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud awal pagi ini. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa bermaknya beliau kepada saya.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,’’ demikian tulisnya dalam Instagram.

Toh Puan Raghad Kurdi Taib di Masjid Negara pagi ini. Turut kelihatan, anak Allahyarham, Datuk Hanifah Hajar Taib (kiri). Jenazah dibawa dibawa ke Masjid Negara untuk disolatkan sebelum dibawa ke Kuching untuk disemadikan – Abdul Razak Latif/Scoop, 21 Februari, 2024

Sebelum itu, Raghad yang berpakaian serba putih dilihat berada bersama anak Taib, Datuk Hanifah Hajar yang juga Timbalan Menteri Ekonomi di Masjid Negara.

Jenazah dibawa dibawa ke Masjid Negara untuk disolatkan sebelum dibawa ke Kuching untuk disemadikan.

Taib meninggal dunia pada 4.40 pagi tadi selepas kira-kira seminggu menerima rawatan di hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL). – 21 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related