◉ HEADLINES

Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib hari ini

Pagi ini, jenazah Allahyarham Abdul Taib akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, bagi istiadat penghormatan negeri

8:40 AM MYT

 

KUCHING – Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud akan berlangsung hari ini.

Pagi ini, jenazah Allahyarham Abdul Taib akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, bagi istiadat penghormatan negeri.

Istiadat yang berlangsung di Atrium, DUN Sarawak itu akan bermula pada 8 pagi hingga 11.30 pagi bagi membolehkan orang awam, dif-dif kenamaan dan ahli Kabinet memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Ketua Menteri itu.

Solat jenazah dijadual akan diadakan selepas itu di Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham disusuli istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

Abdul Taib, 87, yang digelar Bapa Pemodenan Sarawak meninggal dunia kira-kira 4.40 pagi semalam di sebuah hospital di Kuala Lumpur. – 22 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related