◉ HEADLINES

Malaysia setuju tingkat bantuan kewangan kepada UNRWA: PM

Keputusan itu dibuat susulan tindakan beberapa negara besar menghentikan sumbangan mereka kepada Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin tersebut

1:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia bersetuju meningkatkan bantuan kewangan kepada Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) susulan tindakan beberapa negara besar menghentikan sumbangan mereka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang berkongsi mengenai perkara itu dalam perbualannya bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi semalam berkata, selain bantuan tahunan, Malaysia baru-baru ini telah menyumbang tambahan AS$2.1 juta (RM10 juta) kepada UNRWA selain AS$250,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir dan AS$500,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Dalam perbualan itu, Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Abdel Fattah atas kemenangannya dalam pilihan raya Mesir.

“Petang semalam saya sempat berhubung dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi. Dalam perbualan telefon itu, saya zahirkan ucapan tahniah atas kemenangannya dalam pilihan raya Mesir.

“Saya turut sampaikan penghargaan buat Presiden Sisi dan Kerajaan Mesir atas peranan penting mereka membantu mempermudahkan urusan penghantaran 100 tan bantuan kemanusiaan bernilai AS$1.2 juta dari Malaysia kepada warga Palestin di Gaza.

“Kami berdua senada dalam menzahirkan komitmen berterusan membantu saudara kita di Palestin,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Pada ketika beberapa negara menghentikan sumbangan mereka kepada UNRWA, Malaysia sebaliknya bersetuju untuk meningkatkan bantuan demi membantu pelarian Palestin. – Gambar ihsan UNRWA, 23 Februari, 2024

Saat ini, menurut Anwar beberapa ahli Parlimen Malaysia daripada blok kerajaan dan pembangkang sedang dalam perjalanan ke Rafah bagi menyatakan sokongan buat Mesir dan membantu urusan penghantaran bantuan kemanusiaan dari negara kita ke Gaza.

“Alhamdulillah, Presiden Sisi dan Kerajaan Mesir membantu urusan wakil kita dan semua Ahli Parlimen Malaysia telah diberi kebenaran untuk mengunjungi sempadan Rafah,” katanya.

Dalam perbualan itu, Anwar dan Abdel Fattah menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Mesir bukan saja terkait isu Palestin, bahkan merangkumi soal perdagangan dan ekonomi untuk membawa persahabatan ini ke tingkat lebih tinggi.

“Saya juga jemput Presiden Sisi untuk berkunjung ke Malaysia,” katanya. – 23 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related