◉ HEADLINES

‘Kaya dalam sekelip mata’ bekas tukang cuci menang RM1 juta cabutan jutawan BSN SSP

Mohd Nazri Abd Wazir yang berasal dari Parit merancang untuk menggunakan wang tersebut bagi mengerjakan umrah dan haji

6:50 PM MYT

 

IPOH – Seorang bekas tukang cuci merancang mengerjakan umrah dan haji selepas menang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-96.

Mohd Nazri Abd Wazir, 61, dari Parit berkata, pada mulanya beliau tidak percaya apabila menerima panggilan daripada pihak BSN pada 5 Februari lepas memaklumkannya sebagai pemenang cabutan bertuah berkenaan dengan hadiah RM1 juta.

Anak ketiga daripada tujuh beradik dan masih bujang itu mula menyimpan dalam BSN sejak 2003 untuk menabung bagi tujuan kecemasan.

“Selain merancang untuk mengerjakan haji dan umrah bersama ibu saya yang berusia 84 tahun, saya juga akan menggunakan wang ini untuk perbelanjaan harian.

“Pada mulanya saya hanya mencuba nasib kerana cabutan bertuah yang dimenangi ini merupakan sijil yang saya beli pada tahun lepas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima replika cek hadiah tersebut pada majlis yang turut dihadiri Pengarah BSN Perak Mazlan Mat Jalil di sini hari ini.

Mohd Nazri berkata, beliau memilih membuat simpanan dalam BSN SSP kerana berminat dengan hadiah lumayan yang ditawarkan dan juga tawaran dividen tinggi kepada penyimpan.

Sementara itu, pemenang cabutan ulang tahun BSN ke-50, Mohd Nasir Abdullah, 57, dari Kampung Gajah berkata. beliau tidak menyangka sama sekali apabila terpilih menerima hadiah cabutan bertuah bernilai RM50,000.

“Saya mula menyimpan dalam BSN sejak bujang lagi namun sertai cabutan ini pada Jun tahun lalu. Wang yang saya menangi ini akan dimanfaatkan untuk tiga anak yang masih belajar,” katanya. – 24 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related