◉ HEADLINES

Polis siasat kes anjing dirotan, dikasari individu

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 22 Februari 2024 kira-kira jam 9.30 malam di taman perumahan Johor Jaya, Johor

11:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kes individu merotan seekor anjing peliharaannya, seperti dipaparkan dalam video tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan itu dijalankan susulan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada seorang wanita tempatan berumur 49 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 22 Februari 2024 kira-kira jam 9.30 malam di taman perumahan Johor Jaya, Johor.

“Kes disiasat di bawah peruntukan Seksyen 428 Kanun Keseksaan, Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan, pelaku boleh dihukum penjara selama tempoh hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Katanya, manakala di bawah Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015, pelaku boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika disabit bersalah.

Bagi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, ujarnya, jika disabit kesalahan, pelaku boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara setahun atau kedua-duanya.

“Pihak polis menasihatkan agar orang ramai tidak melakukan penganiayaan terhadap haiwan peliharaan.

“Orang ramai dinasihat meningkatkan pengetahuan serta kesedaran mengenai perlindungan terhadap haiwan,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 29 saat memaparkan seorang lelaki merotan seekor anjing peliharaannya berulang kali.

Dia juga bertindak kejam apabila mengheret haiwan itu dari dalam pagar ke pintu utama rumah.

Lelaki berkenaan kemudian mengulangi tindakannya merotan anjing terbabit sambil memarahinya dan mengarahkan haiwan itu masuk ke rumah.

Tindakan itu dirakam seorang individu yang berada di dalam kenderaan di kawasan luar rumah lelaki berkenaan.

Ia kemudian tular dan mencetuskan kemarahan orang ramai dengan rata-rata mereka mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

Malah, ada antara netizen membuat pautan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan badan bukan kerajaan (NGO) haiwan di video itu. – 25 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

PayNet confirms DuitNow QR code transaction fee for merchants starting Oct 1

In a statement on the matter, PayNet, the operator of DuitNow QR, clarified that the fee follows the lifting of a waiver on the merchant discount rate, which is charged based on a percentage of the payment transaction value.  

◉ Related