◉ HEADLINES

Peguam Shafee tidak sihat, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan peguam Tania Scivetti untuk penangguhan kerana Muhammad Shafee tidak dapat menghadiri prosiding hari ini

2:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguhkan hari ini selepas peguam utama bekas perdana menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengalami palpitasi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan peguam Tania Scivetti untuk penangguhan kerana Muhammad Shafee tidak dapat menghadiri prosiding hari ini. 

“Tan Sri Muhammad Shafee tidak sihat dan akan bertemu doktor hari ini untuk mengetahui keadaannya kerana mengalami palpitasi (keadaan berdebar-debar) semoga esok beliau sihat dan boleh menghadiri prosiding,” kata Scivetti.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib tidak membantah permohonan itu dan mencadangkan tarikh baharu untuk menggantikan perbicaraan hari ini pada Mac (14, 15 dan 27) serta pada 1 hingga 5 April. 

Hakim Sequerah bersetuju dengan tarikh itu dan memerintahkan perbicaraan bersambung esok.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – 27 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related