◉ HEADLINES

Tiada pegawai SPRM hubungi Wan Saiful: Azam Baki

Menurut Tan Sri Azam Baki, Datuk Wan Saiful Wan Jan sepatutnya membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaannya

3:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan terdapat pegawainya menghubungi Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, susulan pendedahan pemimpin itu yang mendakwa beliau ditawarkan ‘habuan’ RM1.7 juta untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, semakan dibuat pihaknya mendapati perkara itu tidak berlaku.

Sebaliknya, beliau menegaskan, sesiapa sahaja boleh menghubungi Wan Saiful dan mendakwa mereka dari SPRM.

“Tidak ada pegawai saya yang menghubungi beliau, mungkin sesiapa pun boleh hubungi mengatakan daripada SPRM.

“Mungkin orang lain yang melakukannya,” katanya kepada media ketika ditemui pada majlis Sidang Kemuncak Antirasuah Kebangsaan (NACS) 2024 di Hotel Times Square di sini, hari ini.

Azam berkata, Wan Saiful sepatutnya membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan tersebut.

Menurutnya, ia menjadi tanggungjawab kepada sesiapa untuk tampil ke SPRM sekiranya ditawarkan sebarang bentuk rasuah.

“Menjadi tanggungjawab semua orang apabila ditawarkan rasuah untuk membuat laporan kepada SPRM atau mana-mana balai polis terdekat.

“Kita tidak memilih sesiapa pun. Sekiranya melakukan kesalahan melibatkan mana-mana anggota pentadbiran kerajaan, kita tetap siasat.

“Dalam hal ini adalah lebih molek beliau datang (pejabat SPRM) kerana beliau menyebutnya di Parlimen,” katanya.

Semalam, Wan Saiful mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa beliau dihubungi beberapa individu yang menggugutnya untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Wan Saiful mendakwa, selepas berkali-kali dihubungi, beliau ‘akur’ untuk mengadakan beberapa pertemuan, bermula 17 Januari lalu di sebuah hotel di Bukit Bintang.

Dakwanya, dalam siri pertemuan tersebut, individu berkenaan menawarkan habuan sebagai balasan sekiranya beliau memberi sokongan kepada Perdana Menteri, antaranya peruntukan Parlimen sebanyak RM1.7 juta. – 29 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related