◉ HEADLINES

PM mahu LHDN geledah, ambil tindakan golongan ‘maha kaya’ culas bayar cukai

Hanya 435,000 daripada 1.5 juta syarikat berdaftar membayar cukai kepada LHDN, tahun lalu

11:02 AM MYT

 

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu bertegas, bergerak agresif, menggeledah dan mengambil tindakan terhadap golongan ‘maha kaya’ yang didapati culas membayar cukai.

Demikian ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu golongan berkenaan diberikan gambaran terselamat daripada tindakan.

“(Jika) ada keperluan (untuk LHDN) lebih tegas, ya, orang yang ada pengaruh dan kedudukan fikir mereka boleh terlepas daripada bayar cukai.

“Tidak boleh beri gambaran yang paling atas, maha kaya terselamat daripada tindakan, mesti ada kesungguhan bayar cukai.

“Kalau dia tak bayar cukai, (LHDN) geledah dan ambil tindakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil ke-28 LHDN di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Abu Tariq Jamaluddin.

Anwar berkata, bagi syarikat berdaftar pula, daripada 1.5 juta syarikat, tidak sampai setengah juta bilangan yang direkodkan membayar cukai kepada LHDN pada tahun lalu.

“Malaysia masih mempunyai asas cukai yang rendah iaitu sekitar 11.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding dengan negara jiran seperti Singapura (12.6 peratus) dan Thailand, 16.4 peratus.

“(Namun) jumlah syarikat yang membayar cukai juga masih rendah iaitu sekitar 435,000 syarikat berbanding 1.5 juta syarikat berdaftar di negara ini.

“Ini bermakna kurang daripada 29 peratus syarikat berdaftar yang membayar cukai,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pada tahun lalu, LHDN berjaya mencipta sejarah baharu kutipan cukai negara pada angka RM183.34 bilion melebihi RM7.8 bilion atau 4.49 peratus daripada jumlah kutipan berbanding tahun lalu.

Katanya, peningkatan hasil daripada usaha Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah membantu menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang telah digandakan bayarannya sementara jumlah penerima melonjak kepada 700,000 berbanding 210,000 tahun lepas. – 1 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

PKR wants Aminuddin Harun retained as Negri MB: Anwar

PKR wants Datuk Seri Aminuddin Harun to be retained as Negri Sembilan Menteri Besar if the Pakatan Harapan-Barisan Nasional alliance wins the state elections next month.

Testing secrets, or trade restraint? Dispute over oilfield tech ends with quiet withdrawal

Intertek’s Malaysian unit alleged ex-staff misused proprietary water monitoring system, but defendants argued “Sidestream” method was common industry practice

Malaysia’s median wage hits RM2,864 in September 2025, youth wages see biggest jump: DOSM

Formal employee wages rise by 4.3%, with significant growth across age groups and sectors

◉ Related