◉ HEADLINES

Telegram sedia bekerjasama dengan MCMC perkemas isu kawal selia platform: Fahmi

Selain isu kawal selia platform berkenaan, perbincangan yang berlangsung dalam suasana positif itu turut memberi fokus berkaitan teknologi baharu serta kecerdasan buatan (AI)

11:57 AM MYT

 


DUBAI – Pihak Telegram telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), bagi memperkemas aspek kawal selia platform berkenaan terutama dalam membanteras aktiviti scam dan judi dalam talian, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perkara tersebut disampaikan pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Telegram Pavel Durov, dalam pertemuan empat mata di sini pada Sabtu, bagi membincangkan isu berbangkit melibatkan platform media sosial itu yang mempunyai kira-kira 15 juta penguna di Malaysia.

Fahmi berkata selain isu kawal selia platform berkenaan, perbincangan yang berlangsung dalam suasana positif itu, turut memberi fokus berkaitan teknologi baharu serta kecerdasan buatan (AI).

“Pavel turut menyatakan minat untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai beberapa peluang kerjasama dengan kerajaan Malaysia.

“Sehubungan itu, saya juga telah menjemput beliau untuk berkunjung sendiri ke Malaysia, bagi meneruskan perbincangan dengan beberapa pihak terlibat,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri pertemuan itu, di sini.

Dalam pada itu Fahmi berkata Pavel juga telah menyatakan komitmen beliau yang bersedia untuk melebarkan sayap operasi ke Malaysia pada masa akan datang. – 3 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related