◉ HEADLINES

Bas dua tingkat RapidKL terbakar

Kebakaran berlaku di bahagian enjin dan tiada penumpang berada di dalam bas

9:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah bas dua tingkat milik RapidKL terbakar dalam kejadian berhampiran Wisma YPR di Jalan Syed Putra dekat sini pagi ini.

Tinjauan Scoop mendapati, kebakaran berlaku di bahagian enjin bas dan tiada penumpang berada di dalam bas berkenaan.

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan pada jam 8.06 pagi seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) giat memadamkan kebakaran membabitkan sebuah bas dua tingkat milik RapidKL pagi ini di Jalan Syed Putra. – Gambar ihsan JBPM, 5 Mac, 2024

Menurut Komander Operasi Kanan, Suhaimi Mohd Razali, setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah bas RapidKL telah terbakar di bahu jalan.

“Tindakan pemadaman mengunakan salur bantu mula dari jentera untuk memadam kebakaran tersebut. Kebakaran bas tersebut melibatkan 90 peratus kemusnahan dan tiada mangsa yang terlibat.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan unit siasatan kebakaran,” katanya dalam kenyataan.

Pada 29 Januari lalu, sebuah bas RapidKL terbakar di Jalan Ampang dan kesemua penumpang serta pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

RapidKL memaklumkan bas Laluan 303 dari Taman Mulia Jaya hingga Lebuh Ampang itu terbakar di hadapan pusat beli-belah Great Eastern kira-kira jam 10.52 pagi.

RapidKL memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat kejadian itu. – 5 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related