◉ HEADLINES

Mengaku bunuh rakan, Siti Nur Athirah dipenjara 30 tahun

Media sebelum ini melaporkan mangsa ditemui mati dipercayai dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri

9:00 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU — Bekas pelajar tingkatan enam dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan  membunuh rakannya, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan demikian selepas tertuduh Siti Nur Athirah Azmi, 23, mengaku bersalah membunuh Siti Nur Suraya Ismail, 19.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu 2 November 2020.

Mengikut pertuduhan, Siti Nur Athirah didakwa membunuh Siti Nur Surya di rumah mangsa di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong, Hulu Terengganu antara jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi pada 1 November 2020. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun hanya mengenakan hukuman pemenjaraan terhadap tertuduh ekoran pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam Azura Ghazali. 

Media sebelum ini melaporkan mangsa ditemui mati dipercayai dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Dalam kejadian itu, mangsa ditemui mati berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan oleh adik bongsunya yang baru pulang dari sekolah. – 5 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

◉ Related