◉ HEADLINES

Seorang cedera restoran nasi kandar meletup di Bangsar

Seorang pengguna media sosial berkongsi foto asap menjulang dan mendakwa ia berpunca daripada kedai makan meletup

12:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang individu melecur 80 peratus selepas sebuah restoran nasi kandar meletup dalam kejadian di Jalan Bangsar Utama 6, Bangsar di sini, hari ini.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.44 pagi.

Katanya, pasukan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), bergegas ke lokasi yang membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Seputeh, BBP Jalan Hang Tuah dan BBP Sri Hartamas.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 11.51 pagi, kebakaran melibatkan sebuah restoran nasi kandar berkeluasan 40×100 kaki persegi dan terbakar 70 peratus.

“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa berumur 45 tahun, melecur dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Anggaran awal dari pihak hospital memaklumkan mangsa melecur 80 peratus di bahagian badan,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 12:08 tengah hari dan dipadam sepenuhnya pada jam 12:40 tengah hari.

“Unit siasatan berada di lokasi dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood ketika dihubungi Scoop, mengesahkan kejadian itu.

“Ya terdapat kedai makan meletup di Bangsar, setakat ini seorang cedera. Maklumat lanjut akan dikeluarkan kemudian,” katanya.

Kejadian itu tular di media sosial selepas seorang pengguna media sosial berkongsi foto asap menjulang dan mendakwa ia berpunca daripada kedai makan meletup.

“Sampai bergegar tingkap katanya,” menurut individu itu. – 6 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related