◉ HEADLINES

Sokong kepimpinan MB: Adun Selat Klang adakan sidang media Isnin ini

Sidang media itu akan diadakan pada jam 1 tengah hari di pejabatnya di Plaza Masalam, Shah Alam

2:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari akan mengadakan sidang media Isnin ini, bagi menjawab dan memperjelaskan isu berbangkit susulan sokongannya kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Bercakap kepada Scoop, Abdul Rashid berkata, sidang media itu akan diadakan pada jam 1 tengah hari di pejabatnya di Plaza Masalam, Shah Alam.

“Satu sidang media akan dibuat pegawai perhubungan awam (PRO) saya pada Isnin ini jam 1 tengah hari di pejabat guaman saya di Plaza Masalam.

“Segala isu berbangkit termasuk kenyataan dibuat saya semalam akan dijelaskan dan diberi pencerahan oleh PRO saya pada sidang media itu nanti, jadi saya jemput semua media hadir,” katanya hari ini.

Semalam, Abdul Rashid yang juga bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor, mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Amirudin dan memaklumkan keputusan itu dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan.

“Ini setelah saya meneliti Titah Ucapan Sultan Selangor yang memuji pentadbiran kerajaan Selangor berada di landasan tepat, demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Langkah ini juga adalah akibat daripada beberapa siri tindakan Perikatan Nasional (PN), terutamanya PN Selangor yang dilihat berdiam diri terhadap tohmahan dilontar kepada Raja-Raja Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, Datuk Seri Azmin Ali yang juga Pengerusi Bersatu Selangor meminta Abdul Rashid tampil memberi penjelasan berhubung laporan beliau menyokong kepimpinan Menteri Besar.

Beliau berkata, jika dakwaan itu benar, PN mengutuk sekeras-kerasnya tindakan dilakukan Abdul Rashid.

Susulan kenyataan Abdul Rashid semalam, sebuah portal memetik beberapa sumber melaporkan terdapat ura-ura mengatakan lima Adun Bersatu, bakal memberikan sokongan mereka kepada kepimpinan Amirudin.

Selain Adun Selat Klang, baki empat Adun yang akan berbuat demikian ialah wakil Jeram, Batang Kali, Sungai Kandis dan Dengkil.

Namun, perkara itu dinafikan semua empat Adun terbabit.

Manakala, hari ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Bersatu akan berhadapan dengan krisis perlembagaan parti susulan tindakan Adun Selat Klang itu.

“Rashid melakukan ‘kamikaze’ kerana Bersatu baru pinda perlembagaan parti. Dia tidak takut pada pindaan. Dia lebih takut kapal Bersatu yang akan karam,” katanya. – 7 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related