◉ HEADLINES

Sumbangan Ramadan di KL hanya boleh disalurkan di 3 lokasi: Zaliha

Lokasi tersebut ialah Anjung Kembara Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku dan Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit

9:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan di ibu negara disaran menyalurkan sumbangan atau makanan sempena Ramadan di tiga lokasi yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, lokasi tersebut ialah Anjung Kembara Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku dan Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit.

“Ketiga-tiga lokasi khas ini diwujudkan sebagai inisiatif kawalan kepada kualiti makanan dan dalam masa sama menjaga kebersihan di sekitar Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Operasi Bersepadu Menyelamatkan Gelandangan di sekitar ibu negara, awal pagi ini.

Dr Zaliha berkata, sehingga kini, terdapat 10 NGO yang menjadi rakan kolaborasi DBKL bagi pengagihan makanan di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku dan Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit manakala 16 lagi NGO merupakan rakan kolaborasi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Anjung Kembara.

“Kita tidak boleh melarang NGO yang ingin beri bantuan, cuma kita minta kerjasama daripada mereka dan sekiranya ingin menyumbang, boleh berurusan dengan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL,” katanya.

Mengenai operasi bersepadu yang bermula pada 1 pagi tadi, Dr Zaliha berkata, setakat 2.30 pagi seramai 150 gelandangan dibawa ke Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku di sini untuk proses mendapatkan data demografi selain mengenal pasti punca dan penyelesaian terbaik bagi usaha membantu mereka.

“Dijangka angka itu akan meningkat pada akhir operasi (7 pagi), ini kerana menerusi cerapan pada 14 Februari lepas, kita mendapati seramai 414 gelandangan berada di lima lokasi hotspot gelandangan di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, data yang diambil dalam operasi itu juga akan membantu pihak kementerian dan agensi terlibat untuk menyemak semula keperluan dasar atau peraturan sedia ada sekiranya terdapat keperluan.

Operasi bersepadu melibatkan kekuatan sebanyak 203 pegawai dan anggota itu turut dibantu beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, DBKL, YKN, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. – 9 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related