◉ HEADLINES

Yayasan Prihatin, SAM ceriakan 72 anak-anak ahli dengan beg dan pakaian sekolah

Sumbangan itu bagi membantu meringankan beban ahli SAM di kala sesi persekolahan akan bermula ketika umat Islam melakukan persiapan Ramadan dan Aidilfitri

4:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bagi membantu mengurangkan beban ahlinya menjelang sesi persekolahan yang akan dibuka Isnin depan, Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) menyumbangkan peralatan sekolah kepada 72 penerima.

Sumbangan beg, pakaian dan beberapa peralatan lain itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala, Kuala Lumpur hari ini.

Presiden SAM, Norismadi Abd Manap berharap, sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu 40 ahlinya yang terlibat dalam program ‘Back to School’ menguruskan kewangan dengan lebih baik.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Prihatin atas kesudian untuk bekerjasama dan meraikan ahli-ahli SAM.

“Program dan sumbangan yang diberikan hari ini membantu kami dalam menguruskan ekonomi keluarga masing-masing di kala sesi persekolahan yang akan bermula, selain melakukan persiapan bagi menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri terutama bagi yang beragama Islam,” katanya.

Norismadi berharap, sumbangan itu dapat membantu mengurangkan beban ahli SAM ketika sesi persekolahan akan dibuka serentak dengan umat Islam melakukan persiapan menghadapi Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. – Gambar SAM, 9 Mac, 2024

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Prihatin, Datuk Aizuddin Mohd Ghazali berharap kerjasama dengan SAM dapat dikekalkan dan dipergiat menerusi pelbagai lagi aktiviti pada masa akan datang.

“Yayasan Prihatin sangat berbesar hati dapat menjalinkan kolaborasi sulung bersama SAM, dan berharap selepas ini lebih banyak program kerjasama antara SAM dan Prihatin,” katanya.

Prihatin merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan bertujuan menyediakan pelbagai bantuan ke arah kehidupan yang lebih baik dan melibatkan tiga teras utama -pendidikan, keusahawanan dan kepimpinan.

Prihatin menjadi penggerak utama membantu kerajaan ke arah memberi impak luar biasa dalam melaksanakan program bercorak kemasyarakatan di seluruh pelusuk tanah air. – 9 Mac, 2024

Topics

 

◉ Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related