◉ HEADLINES

Trafik dijangka sesak sepanjang Ramadan, syarikat konsesi lebuh raya diarah buat persediaan rapi

LLM turut meningkatkan kerjasama dengan PDRM untuk membantu kelancaran pergerakan trafik, terutama di lokasi kritikal seperti lampu isyarat selepas susur keluar lebuh raya

6:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua syarikat konsesi lebuh raya diarah melakukan persediaan rapi, terutama pada waktu puncak sepanjang Ramdan agar perjalanan pengguna selesa, selamat dan lancar.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, pihaknya menjangkakan berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuh raya bertol semasa pulang atau pergi bekerja pada Ramadan yang dijangka bermula Selasa ini.

“Antara inisiatif yang perlu dilaksanakan iaitu menyelaras semula lokasi dan masa penutupan lorong untuk kerja-kerja penyelenggaraan selaras dengan waktu pulang atau pergi dari bekerja, sama ada di sektor kerajaan atau swasta yang akan berubah berbanding waktu kerja biasa.

“Menjadualkan semula waktu pengaktifan laluan tidal atau smartlane selaras dengan perubahan waktu kerja dan memastikan semua kemudahan disediakan di kawasan rehat dan rawat, hentian sebelah dan plaza tol dalam keadaan baik. Ini termasuk aspek bekalan air dan tahap kebersihan.

“Semua pihak yang terlibat turut diminta untuk mengenal pasti lokasi tumpuan dan menyediakan kemudahan tambahan sementara bagi menangani peningkatan jumlah pengguna,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, katanya, LLM turut meningkatkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu kelancaran pergerakan trafik, terutama di lokasi kritikal seperti lampu isyarat selepas susur keluar lebuh raya bagi mengelakkan limpahan trafik ke laluan utama lebuh raya.

Sementara itu, Ketua Pengarah LLM, Datuk Sazali Harun turun padang hari ini bagi melihat perancangan serta tindakan ANIH Berhad dalam mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), khususnya di Plaza Tol Gombak.

Beliau berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan LLM serta semua syarikat konsesi lebuh raya sentiasa peka terhadap keselesaan pengguna lebuh raya dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Pengguna lebuh raya boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik (TMC) LLM di talian 1-800-88-7752 untuk maklumat keadaan trafik atau mendapatkan bantuan. – 10 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related