◉ HEADLINES

Sanusi suka hebah maklumat penting mesyuarat: Saifuddin Nasution

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak perlu merungut berikutan sikap beliau sendiri yang tidak menjaga dekorum dan etika mesyuarat

8:53 PM MYT

 

KULIM — Sikap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa sering menghebahkan maklumat penting mesyuarat kerajaan kepada umum terutama di pentas ceramah politik menyebabkan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) Kedah tidak diadakan.

Pengerusi Bersama MTPN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata justeru itu, Muhammad Sanusi tidak perlu merungut berikutan sikap beliau sendiri yang tidak menjaga dekorum dan etika mesyuarat.

“Mesyuarat-Mesyuarat rasmi kerajaan ada yang bertaraf rahsia besar, bertaraf sulit dan kalau dia hadir mesyuarat Persekutuan kemudian balik hanya untuk memperlekeh apa yang berlaku dalam mesyuarat maka dia seorang yang tak jaga dekorum.

“Dia tak perlu mengadu kenapa mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri tidak dibuat… Saya dapati apabila dia balik dari mesyuarat itu, dia gunakan maklumat dalam mesyuarat untuk ceramah kepada PAS cawangan sedangkan maklumat yang disampaikan tidak memberi gambaran sebenar,” katanya.

Saifuddin Nasution, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ihya Ramadan Polis Diraja Malaysia Kedah bersama masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim hari ini.

Pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Khamis lepas, Muhammad Sanusi mendakwa Saifuddin Nasution tidak pernah memanggil beliau bermesyuarat bagi membincangkan projek infrastruktur Kerajaan Persekutuan di negeri itu sejak majlis tersebut ditubuhkan.

Saifuddin Nasution juga berkata tiada sebarang kesan terhadap tugas dan peranan beliau sebagai Pengerusi Bersama MTPN dalam memantau pelaksanaan projek Persekutuan di Kedah walaupun mesyuarat tidak diadakan bersama Muhammad Sanusi. – 10 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related