◉ HEADLINES

MCMC, MPDRM jalin kerjasama pembangunan siasatan jenayah siber dan narkotik

MCMC akan menaik taraf rangkaian di Maktab PDRM di Cheras dengan bantuan penyedia perkhidmatan internet

2:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Maktab Polis Diraja Malaysia (MPDRM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalinkan kerjasama strategik yang akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak melibatkan pembangunan kepasiti berkaitan jenayah siber dan narkotik.

MoU itu ditandatangani Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Majlis itu disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada majlis Sesi Dialog Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2024 di Maktab PDRM di sini, hari ini.

Menerusi MoU itu, kedua-dua pihak akan menjalin kerjasama termasuk dalam inisiatif pembangunan kapasiti berkaitan siasatan dan penguatkuasaan termasuk pembangunan silibus.

Ia juga akan menyediakan kepakaran iaitu pegawai MCMC atau pegawai PDRM sebagai pensyarah atau penceramah di dalam latihan dan penyelidikan yang akan dilaksanakan berkaitan siasatan dan penguatkuasaan.

Kerjasama itu juga akan melaksanakan penempatan silang dan rentas fungsi untuk pegawai dari kedua-dua agensi.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan kerjasama tersebut akan memperkukuhkan pembangunan bakat.

‘Ia khususnya dalam industri komunikasi dan multimedia, seterusnya memacu ke arah ekonomi yang lebih mampan,’’ katanya.

Selain pemeteraian MoU itu, MCMC juga komited dalam membantu menaikkan taraf capaian rangkaian di MPDRM dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

MCMC yakin penambahbaikan kepada liputan rangkaian dapat memberi manfaat kepada anggota polis, khususnya yang mengikuti latihan serta kursus di MPDRM Kuala Lumpur. – 11 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related