◉ HEADLINES

Malaysia, Jerman gesa gencatan senjata kekal di Gaza

Kekejaman, penindasan dan perampokan ke atas rakyat Palestin sudah berlaku selama berdekad-dekad

8:38 AM MYT

 

BERLIN – Malaysia dan Jerman hari ini menggesa agar gencatan senjata kekal dilaksanakan di Semenanjung Gaza selain pembebasan tawanan manakala bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin disegerakan.

Ketika membuat gesaan itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Canselor Jerman, Olaf Scholz berkata, komuniti antarabangsa perlu merealisasikan penyelesaian dua negara bagi menoktahkan konflik yang sudah berlanjutan selama beberapa dekad di Asia Barat.

“Kadangkala kita berbeza pendapat namun saya rasa dalam isu seperti peperangan di Gaza, kita mencapai kata sepakat bahawa gencatan senjata perlu dilaksanakan segera manakala bantuan kemanusiaan disalurkan kepada rakyat Palestin,” katanya pada sidang media bersama Scholz.

Terdahulu, Anwar yang berada di Berlin dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke Jerman telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Scholz dan konflik di Gaza, penyelesaian dua negara serta kesengsaraan rakyat Palestin adalah antara isu yang dibincangkan.

Anwar berkata, Malaysia mengakui bimbang dengan insiden pada 7 Oktober 2023 ketika konflik antara Hamas dengan Israel bermula namun merayu kepada masyarakat Eropah dan Jerman khususnya untuk mengambil maklum fakta bahawa kekejaman, penindasan dan perampokan ke atas rakyat Palestin sudah berlaku selama berdekad-dekad sebelum itu.

Bercakap mengenai isu sama, Scholz berkata, Jerman yang dikenali sebagai sekutu Israel bersetuju dengan Malaysia bahawa gencatan senjata kekal perlu dilaksanakan bagi mencari penyelesaian secara aman dalam krisis di Gaza.

Canselor Jerman itu berkata, mereka kini menjalin kerjasama rapat dengan Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Arab bagi mengekang peningkatan pertempuran serta mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

“Saya harap kita akan dapat merealisasikan pelaksanaan gencatan senjata kekal sepanjang Ramadan ini pembebasan tawanan oleh Hamas. Ini boleh membawa kepada penyaluran lebih banyak bantuan ke Gaza,” kata Scholz yang menambah beliau gembira Anwar memilih untuk berkunjung ke Jerman pada hari pertama Ramadan dan berbuka puasa dengan delegasi Malaysia.

Mengulas mengenai hubungan Malaysia dengan Hamas, Anwar menegaskan, dasar luar negara adalah konsisten dengan merujuk kepada pendirian Malaysia menentang aparteid serta pembersihan etnik. – Gambar Jabatan Perdana Menteri, 12 Mac, 2024

Ditanya sama ada pertemuan hari ini mampu mempengaruhi pelaksanaan gencatan senjata serta-merta di Gaza, Anwar berkata, kedua-dua negara boleh memainkan peranan masing-masing dalam mencari penyelesaian berhubung perkara itu.

“Jerman mempunyai hubungan yang baik dengan Israel dan kami mempunyai hubungan yang sedikit lebih baik dengan Palestin. Satu-satunya penyelesaian ketika ini ialah gencatan senjata kekal manakala penyelesaian akhir ialah dua negara dan ini boleh dilakukan jika komuniti antarabangsa mempunyai keberanian dan komitmen,” kata Perdana Menteri.

Mengulas mengenai hubungan Malaysia dengan Hamas, Anwar berkata, dasar luar negara selama ini adalah konsisten dan merujuk pendirian Malaysia yang menentang aparteid serta pembersihan etnik.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai hubungan dengan sayap politik Hamas namun menegaskan bahawa negara ini tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan militan.

Anwar juga berkata, kekejaman yang berlaku sebelum ini selama berdekad-dekad juga tidak boleh dipadamkan dengan hanya melihat kepada sebelah pihak.

“Penyelesaiannya? Ia bukan sekadar membebaskan tawanan. Ya, ya, saya pernah menyatakan kebimbangan dan meminta mereka dibebaskan. Namun adakah selepas itu kita akan menyaksikan semuanya dinoktahkan. Bagaimana pula dengan penempatan (yang diduduki oleh penceroboh dari Israel)?” katanya. – 12 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related