◉ HEADLINES

Pasangan warga emas maut rumah terbakar

Kedua-dua mangsa ditemui dalam rumah dua tingkat itu tetapi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM)

9:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kebakaran sebuah rumah di Damansara Utama, Petaling Jaya, awal pagi tadi.

Komander Operasi Kanan Timbalan Pegawai Bomba II, Ramli Harun berkata, kedua-dua mangsa ditemui dalam rumah dua tingkat itu tetapi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan BBP Petaling Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik saja menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu.

“Bertindak atas maklumat yang diterima pada jam 5.13 pagi, anggota dari BBP Damansara dan BBP Petaling Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT, kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan motosikal Unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setiba di lokasi, beliau berkata, pasukan mendapati sebuah rumah teres dua tingkat terbakar dengan kemusnahan dianggarkan 70 peratus.

“Kebakaran itu melibatkan sebuah rumah dua tingkat berkeluasan 20×70 kaki persegi yang terbakar bilik utama di tingkat atas dan di bahagian bawah ruangan dapur,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, seorang lagi mangsa iaitu remaja perempuan berusia 14 tahun berjaya diselamatkan.

“Mayat kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 61 dan 55 tahun, kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – 16 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related