◉ HEADLINES

Sumber air bawah tanah jadi alternatif jika cuaca panas berterusan

Begitupun perubahan cuaca sehingga kini belum memberikan kesan kepada industri pertanian dan penternakan negara

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sistem ‘groundwater source’ yang menggunakan sumber bekalan air bawah tanah boleh menjadi kaedah alternatif jika cuaca panas berterusan hingga menjejaskan bekalan makanan negara.

Bercakap kepada Scoop, Pensyarah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Mohd Rafii Yusop berkata, kaedah itu mungkin dilihat sebagai langkah terakhir yang boleh dilakukan jika cuaca panas benar-benar kritikal.

“Kalau keadaan cuaca panas masih berpanjangan, ia akan menyebabkan bekalan air terganggu dan kita tahu industri ini sangat memerlukan air untuk kelangsungannya.

“Kaedah alternatif yang boleh dilakukan ialah ‘groundwater source’ di mana kita pam air dalam tanah sebab dalam lapisan tanah ini ada air, jadi ia sebagai sumber bekalan simpanan.

“Kaedah ini ada sesetengah negara dah amalkan seperti di Amerika Syarikat namun negara kita masih belum sampai ke tahap ini sebab ia berisiko untuk merosakkan struktur tanah yang telah digali,” katanya.

Menurut Prof. Mohd Rafii Yusop, kaedah ‘groundwater source’ di mana air dalam tanah dipam boleh dijadikan sumber bekalan, namun Malaysia belum sampai ke tahap itu kerana ia berisiko merosakkan struktur tanah digali. – Gambar Universiti Putra Malaysia, 17 Mac, 2024

Pada Sabtu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan Pokok Sena di Kedah merekodkan suhu panas tahap dua atau gelombang haba setakat 4.30 petang.

Tahap gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Rafii bagaimanapun berkata, perubahan cuaca sehingga kini masih belum memberikan kesan kepada industri pertanian dan penternakan negara.

“Cuaca panas selama satu atau dua minggu tidak memberi kesan kepada sektor pertanian. Macam sekarang, cuaca tidak menentu, ada hari ia panas terik dan ada hari hujan lebat.

“Jadi cuaca sekarang tidak memberikan sebarang tekanan kepada sumber bekalan makanan dan dijamin mencukupi,” katanya.

Ketua Jabatan Sains Haiwan dan Fakulti Pertanian UPM, Prof. Loh Teck Chwen mencadangkan ‘closed house system’ bagi mengawal suhu persekitaran dan penggunaan air untuk binatang ternakan. – Gambar Universiti Putra Malaysia, 17 Mac, 2024

Sementara itu, Ketua Jabatan Sains Haiwan dan Fakulti Pertanian UPM, Prof. Loh Teck Chwen mencadangkan sistem ‘closed house system’ bagi mengawal suhu persekitaran dan penggunaan air untuk binatang ternakan.

Jelasnya, ia dilengkapi sistem kawalan suhu dan kelembapan dengan binatang ternakan diletakkan di dalam kandang tertutup dan tidak dibiarkan berkeliaran.

“Dengan sistem ini, kita dapat memastikan ternakan seperti ayam, lembu dan kambing tidak berkeliaran sekali gus dapat memastikan suhu badan ia berada dalam keadaan baik.

“Penternak pula boleh mengawal pemakanan dan sumber air agar ia tidak terjejas disebabkan cuaca panas,’’ katanya. – 17 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related