◉ HEADLINES

Doktor HRPB tampil buat laporan polis berhubung surat layang gangguan seksual

Surat itu mendakwa doktor tersebut sering mengganggu doktor pelatih wanita khususnya di Jabatan Ortopedik secara seksual dan mengugut untuk memanjangkan tempoh latihan mereka

10:07 AM MYT

 

IPOH — Polis menerima laporan daripada seorang doktor lelaki yang bertugas di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini berhubung penyebaran surat layang di media sosial yang memburukkan namanya. 

Ketua Polis Daerah Ipоh ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan berkata lelaki berusia 43 tahun itu membuat laporan berkenaan semalam.

“Siasatan awal mendapati surat layang yang tersebar menuduh doktor lelaki itu dan beberapa staf yang lain melakukan perbuatan terkutuk khususnya terhadap doktor pelatih yang bekerja di Jabatan Ortopedik HRPB,” katanya.

Yahaya berkata kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes ASP Fadli Ahmad di talian 019-2500019 untuk membantu siasatan pihak polis. 

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-sewenangnya mengeluarkan kenyataan berunsur khabar angin atau fitnah yang boleh menjejaskan kredibiliti seseorang,” katanya.

Terdahulu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata pihaknya menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas susulan dakwaan mengenai salah laku gangguan seksual serta ugutan membabitkan kakitangan HRPB.

Sebelum itu, tular surat layang yang dimuat naik di media sosial menerusi Facebook dan laman sosial X yang meraih perhatian warganet.

Surat itu mendakwa doktor tersebut sering mengganggu doktor pelatih wanita khususnya di Jabatan Ortopedik secara seksual dan mengugut untuk memanjangkan tempoh latihan mereka. – 17 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Police bust RM13.34m marijuana syndicate, seize 166kg of cannabis buds in KLIA, Sepang raids

A series of coordinated raids at KLIA Terminal 1 and Kota Warisan led to the arrest of five suspects and the seizure of 166.2kg of marijuana buds believed to have been destined for the European market

◉ Related