◉ HEADLINES

KK Mart: Lagi kuat kamu minta kawan kamu back up, lagi kuat kamu akan diboikot

Akmal berkata, tindakan itu bagi memberi pengajaran keras kepada semua pihak yang suka-suka mahu memperlekehkan isu agama dan bangsa

9:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menegaskan, pihaknya tidak akan berganjak dengan pendirian menggesa umat Islam untuk terus memboikot kedai rangkaian serbaneka, KK Mart susulan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di premisnya.

Beliau berkata, malah tindakan memboikot itu akan lebih giat dilakukan apabila terdapat pihak yang menyokong supaya ia tidak dikenakan atas premis berkenaan.

Katanya, tindakan itu sebagai pengajaran keras kepada semua pihak yang dengan senang memperlekehkan isu agama dan bangsa.

“Kekal tenang dan teruskan memboikot! Lagi kuat kamu minta kawan kamu back up (sokong) untuk tidak diboikot, lagi kuat umat Islam akan boikot kamu!

“Teruskan memboikot, kita bagi pengajaran keras kepada semua pihak yang suka-suka nak memperlekehkan isu agama dan bangsa. Ini masa kita semua bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Akmal memberi amaran kepada Ketua Whip DAP Parlimen, Nga Kor Ming bahawa beliau tidak gentar dengan kenyataan pemimpin itu yang mendakwa, tindakannya mempertahankan kalimah Allah dengan memboikot KK Mart adalah hasutan.

“Jika kamu kata mempertahankan kalimah Allah ini dengan memboikot KK Mart adalah hasutan bring it on bro.

“Sedikit pun tidak gentar,” katanya.

Akmal berkata, prinsip Umno adalah mempertahankan Islam, Bumiputera dan Raja Melayu.

“Prinsip ini tidak pernah berubah dari dulu kini dan insya-Allah selamanya. Itulah yang Pemuda UMNO pegang sampai mati,” katanya.

Menerusi kenyataannya seperti dilaporkan media, Kor Ming menggesa Akmal supaya berhenti menghasut sentimen perkauman dan agama berhubung kemelut stoking bercetak ‘Allah’ di KK Mart kerana ia memudaratkan serta berisiko memberi kesan kepada Umno.

“Ketua Pemuda Umno, Akmal dan netizen tidak seharusnya terus mencetuskan sentimen perkauman dan agama dengan sikap angkuh serta provokatif.

“Ini adalah tingkah laku yang berbahaya dan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya. – 19 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

No fiscal burden: Post-maternity allowance to support working mothers with no cost to employers: Perkeso

Perkeso says new scheme eases living costs and boosts female workforce participation

◉ Related