◉ HEADLINES

Alice tegur Ahli Parlimen Pendang, ‘Ini tiada kaitan dengan topik sekarang, sila duduk!’

Sebelum itu, Awang mempersoalkan kenyataan Azalina berkaitan isu peruntukan kepada pembangkang semalam yang ditafsirkannya sebagai mengelirukan dewan

1:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng menegur Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) kerana mencelah dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, tindakan Awang meminta penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung kenyataannya ‘kalau nak peruntukan sila sokong kami’ di dewan semalam tiada kaitan dengan Rang Undang-Undang (RUU) Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 yang dibentangkan.

“Saya rasa ini tidak berkaitan dengan topik sekarang. Yang Berhormat (YB) Pendang sila duduk.

“Ahli-ahli Yang Berhormat saya akan menggunakan peruntukan Peraturan Mesyuarat 37 (2) untuk tiada gangguan kepada jawapan menteri,” katanya.

Sebelum itu, Awang mempersoalkan kenyataan Azalina berkaitan isu peruntukan kepada pembangkang semalam yang ditafsirkannya sebagai mengelirukan dewan.

“Petang semalam Yang Berhormat Menteri ada menyebut, kalau… ini satu perkara yang saya interpret (tafsirkan) sebagai mengelirukan dewan.

“Kalau nak peruntukan sila sokong kamilah. Apakah ini pendirian Yang Berhormat Tambun juga apabila disebut YB Menteri Undang-Undang semalam.

“Kalau nak peruntukan sila sokong kami, sila sokong. Saya nak pastikan adakah ini pendirian Yang Berhormat Tambun,” katanya.

Azalina kemudian bangkit dan meminta agar diberikan ruang untuk menyelesaikan sesi pembentangannya.

“Dengan izin… Pendang cukuplah, biar saya selesai. Pendang ini di bawah undang-undang,” katanya.

Sebelum itu, Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mencelah memohon penjelasan daripada Azalina mengenai kenyataannya itu.

Malah, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) juga memohon laluan namun dinafikan oleh Azalina. – 19 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

No fiscal burden: Post-maternity allowance to support working mothers with no cost to employers: Perkeso

Perkeso says new scheme eases living costs and boosts female workforce participation

◉ Related