◉ HEADLINES

Isu stoking: Pemangku Sultan Johor bersuara, gesa tindakan tegas diambil

Langkah berkenaan perlu diambil bagi memastikan isu seperti itu tidak berulang lagi

2:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap isu kalimah Allah.

Tunku Mahkota Ismail bertitah, langkah berkenaan perlu diambil bagi memastikan isu seperti itu tidak berulang lagi.

“Kalimah ALLAH adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.

“Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas dan memastikannya tidak akan berulang lagi.

“Isu ini tidak boleh dipandang remeh. Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara,” titah baginda menerusi hantaran di platform X, hari ini.

Pada 13 Mac lalu tular di media sosial stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Susulan itu, Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa umat Islam untuk terus memboikot kedai rangkaian serbaneka itu.

Rabu lalu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) memohon maaf berhubung video dan gambar tular berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu berkata, jualan stoking berkenaan telah dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Sementara itu, polis menerima 42 laporan berhubung isu stoking dicetak dengan perkataan ‘Allah’ yang dijual di sebuah cawangan kedai rangkaian serbaneka, KK Mart.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, laporan itu dibuat di seluruh negara.

Katanya, siasatan akan diteruskan walaupun syarikat pasar raya itu sudah memohon maaf dan menarik balik semua stok stoking itu. – 19 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related