◉ HEADLINES

Bagi saya jaga projek kecil, biar Sanusi bangunkan Greater Kedah: Saifuddin

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mahu berikan masa seluas-luasnya kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk bangunkan Greater Kedah

7:03 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail secara sinis mengatakan beliau akan memberikan masa seluasnya kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk membangunkan Greater Kedah.

Saifuddin berkata, walaupun Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) belum pernah diadakan, beliau percaya fokus Menteri Besar Kedah itu adalah membangunkan Greater Kedah.

“Saya nak bagi masa seluas-luasnya kepada Sanusi untuk bangunkan Greater Kedah. Dia nak tambak tanah di Langkawi, saya nak bagi ruang dahulu.

“Kalau tidak ada satu pun mesyuarat yang atas nama majlis tindakan kerana saya percaya fokus Sanusi pada Greater Kedah, saya tidak mahu ganggu dia.

“Biar dia bangunkan Airport (Lapangan Terbang) Kulim. Lengkapkan dulu tambun tanah projek ‘reclaim’ di Sungai Petani berjumlah RM40 bilion. Bagi saya jaga projek kecil, biar dia jaga projek bilion-bilion,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Saifuddin berkata, selain Greater Kedah, litar lumba di Sungai Petani turut akan ditumpukan Sanusi.

“Kemudian dia nak buat jambatan darat, saya nak dia tumpukan kepada Greater Kedah. Saya biar jaga isu kecil-kecil di Kedah. Dengan cara ini saya menghormati tugas Sanusi sebagai Menteri Besar untuk membangunkan Greater Kedah.

“Saya biar selesai loji-loji rawatan air sebab di Kedah saya dapat maklum balas air terputus. Loji rawatan air ada lima, di bawah kerajaan Persekutuan, masalah tanah dah diselesaikan.

“Jadi ada projek baru dan ada projek sambungan. Projek babitkan RM1.8 bilion, saya tengok dengan kekerapan saya turun, boleh menjamin kelangsungan projek itu dengan lebih kemas,” katanya.

Sebelum ini, Sanusi mendakwa Saifuddin tidak pernah memanggil beliau bermesyuarat bagi membincangkan projek infrastruktur kerajaan Persekutuan di negeri itu sejak majlis tersebut ditubuhkan.

Susulan itu, Saifuddin berkata, sikap Menteri Besar Kedah itu yang didakwa sering menghebahkan maklumat penting mesyuarat kerajaan kepada umum terutama di pentas ceramah politik menyebabkan mesyuarat MTPN Kedah tidak diadakan.

Saifuddin juga berkata, tiada sebarang kesan terhadap tugas dan peranan beliau sebagai Pengerusi Bersama MTPN dalam memantau pelaksanaan projek Persekutuan di Kedah walaupun mesyuarat tidak diadakan bersama Muhammad Sanusi.

Kenyataan itu kemudian dibalas Sanusi yang mendakwa kebimbangan dikatakan Saifuddin mengenai kebocoran maklumat rahsia kerajaan susulan mesyuarat itu, hanyalah alasan ‘mengada-ngada’ berikutan mesyuarat tidak pernah diadakan. – 19 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Making sex jokes at work may constitute sexual harassment, court rules

Sarawak Industrial Court upholds Maybank’s dismissal of officer found guilty of sexual harassment

Malaysia’s EV charging race: Build ahead of demand or let the market decide?

Economists differ on whether early government investment is needed to spur EV adoption or risks creating costly, underused infrastructure as Malaysia targets 30,000 public chargers by 2030

◉ Related