◉ HEADLINES

Lelaki direman 3 hari kes liwat dua remaja bawah umur

Tangkapan dibuat ke atas suspek seorang lelaki warganegara tempatan berumur lingkungan 30-an untuk membantu siasatan

8:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang individu berumur 30-an direman tiga hari bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan dua remaja bawah umur di Mersing, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superitendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, lelaki warganegara tempatan itu direman bermula 19 Mac lalu hingga esok.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing mengesahkan menerima dua laporan polis secara berasingan, berkaitan kes liwat membabitkan dua remaja lelaki warganegara tempatan berumur lingkungan 15 tahun.

“Tangkapan dibuat ke atas suspek seorang lelaki warganegara tempatan berumur lingkungan 30-an untuk membantu siasatan,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.

“Hendaklah juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Abdul Razak berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes terbabit yang boleh menganggu proses siasatan.

“Sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah yang berlaku boleh disalurkan ke nombor telefon 07-7992222, 07-7996224, 07-7991300 atau 07-7993507,” katanya.

Semalam, Abdul Razak dilaporkan berkata, seorang lelaki diberkas bagi membantu siasatan kes liwat terhadap dua remaja.

Ujarnya, ia dikenalpasti kes lama tetapi laporan polis dibuat baru-baru ini dan masih dalam siasatan, dengan kedua-dua mangsa sama umur. – 20 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related