◉ HEADLINES

Stoking ‘jenama’ Allah: Pemilik, Pengasas KK Mart dipanggil untuk dirakam keterangan

Setakat hari ini sebanyak 80 laporan polis diterima di seluruh negara

3:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri KK Chai antara lapan individu yang dirakam keterangan oleh polis semalam, bagi siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman memaklumkan, mereka dipanggil untuk diambil keterangan pada jam 12.30 tengah hari semalam.

Menurutnya, setakat ini 80 laporan polis diterima di seluruh negara berkait isu itu setakat 12 tengah hari ini.

“Siasatan masih di peringkat awal dan pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST) akan melaksanakan siasatan secara menyeluruh ke atas fakta isu kes penjualan stokin tertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart Sunway.

“Ini dengan mengenal pasti proses perolehan dan lain-lain yang bersangkutan bagi mengenal pasti pelaku-pelaku yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JSJ Bukit Aman menambah, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh meliputi semua aspek sebelum dapatan akhir dimuktamadkan dan siasatan awal setakat ini mendedahkan vendor terlibat beroperasi di Batu Pahat.

Semalam Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Justeru baginda mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini berdasarkan siasatan pihak berkuasa.

Pada Sabtu, KK Chai menerusi sidang media, memohon maaf berhubung isu terbabit.

Jelasnya, stoking itu diimport dari China dan antara 1,200 pasang yang memiliki rekaan berbeza.

Beliau mengakui tidak melakukan pemeriksaan penuh ke atas setiap pasang stoking itu, namun menegaskan daripada 800 cawangan KK Mart di seluruh negara, hanya tiga cawangan yang menjual stokin dan 14 pasang sahaja mempunyai ‘Allah’. – 20 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

Malaysia crowned Sepak Takraw World Cup champions after Thailand walkout

Malaysia shattered Thailand’s three-title streak to clinch the 2026 Sepak Takraw World Cup team regu crown in a fiery final at Stadium Titiwangsa. The clash ended in chaos when Thailand stormed off in protest, leaving more than 3,000 fans to celebrate a dramatic 2-1 victory on home soil

◉ Related