◉ HEADLINES

Beli martabak, dapat tambahan ‘kain buruk’

Menurut wanita itu, dia mempunyai bukti membuat pembelian tersebut di sebuah bazar kerana membayar dengan menggunakan kod QR

2:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang wanita terus muntah selepas mendapati martabak yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan mengandungi cebisan kain buruk di dalamnya.

Wanita itu mendakwa membeli martabak tersebut di Desa Pandan.

Menceritakan kejadian menjijikkan itu, wanita tersebut memaklumkan dia cuba memotong martabak terbabit dan alangkah terkejutnya selepas mendapati secebis kain buruk melekat bersama inti makanan tersebut.

“Potong dua (kali) pelik, tak boleh boleh potong. Rupanya kain buruk…Allah.

“Ni kain buruk ke pelaris ni… terus muntah sekeluarga,’’ katanya.

Menurut wanita itu, dia mempunyai bukti membuat pembelian tersebut di sebuah bazar kerana membayar dengan menggunakan kod QR.

“Jadi memang ada bukti,’’ katanya dalam hantaran di Facebook bersama gambar martabak terbabit.

Dia juga memberitahu akan bertemu dengan peniaga terbabit untuk memaklumkan mengenai perkara itu.

Hantaran tersebut menjadi tular dengan orang ramai menyuarakan rasa jijik melihat ‘martabak kain buruk’ itu dan ada yang memintanya membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Boleh lapor PBT, bahagian kebersihan makanan. Telefon je untuk buat laporan,’’ kata Suraya.

“Kalau tu kain lap peluh mampus….lepas tu masak dalam martabak pulak,’’ kata Rozario.

Manakala Ika pula mahu penguatkuasa mengambil berat mengenai aduan seumpama itu kerana ia merupakan sesuatu yang sangat melampau.

“Makin melampau tau peniaga bazar sekarang ni. Harga dah la mahal lepas tu semua benda keluar. Berniaga main-main, tiada rasa kesian dekat pembeli,’’ katanya.

Tidak kurang pula yang melihat perkara berkenaan sebagai sesuatu yang menyeramkan. – 22 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related