◉ HEADLINES

Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu: Polis

Dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35 dan mangsa kemudian dituduh sebagai pencuri lalu dipukul hingga mati

8:33 PM MYT

 

LAHAD DATU — Siasatan polis mendapati isu kehilangan wang menjadi punca perselisihan faham antara pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu di sini hingga mengakibatkan kematian Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dr Rohan Shah Ahmad berkata ia berikutan dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35 dan mangsa kemudian dituduh sebagai pencuri seterusnya mengakibatkan perselisihan faham itu.

“Mangsa kemudian dipukul hingga mati. Bagaimanapun polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Semalam dilaporkan Nazmie Aizzat ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai bilik asrama di Kolej Vokasional pada 6.50 pagi, dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan

Sementara itu, Rohan Shah berkata 13 pelajar lelaki kolej vokasional tersebut berumur antara 16 hingga 19 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut semalam, telah direman enam hari seperti dibenarkan Mahkamah Majistret di sini hari ini.

“Polis turut merampas 12 telefon pintar milik suspek bagi membantu siasatan dan kesemua suspek didapati bebas penyalahgunaan dadah,” katanya.

Beliau berkata polis turut mengambil keterangan 12 saksi bebas terdiri daripada empat warden asrama, pengawal keselamatan serta beberapa pelajar kolej terbabit. – 23 Mac, 2024

— BERNAMA

TAG: Sabah, kolej vokasional, meninggal dunia, Lahad Datu, Rohan Shah Ahmad
ADD KBJ FBR SZJ

Saturday , 23 March 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related