◉ HEADLINES

Alyah terharu, tidak sangka sikap peramah dan rendah diri punca dirinya dipilih duta produk kosmetik

Menurut Alyah, sebagai duta produk dia bertekad untuk membantu bekongsi rezeki dengan orang-orang di sekelilingnya yang memerlukan

5:45 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Penyanyi Datin Alyah mengakui terharu dan tidak menyangka sikapnya yang peramah serta gemar melayan peminat tanpa mengira usia adalah antara sebab dia dipilih menjadi duta produk kecantikan Twomee Health & Beauty.

Menurut Alyah, sejak dulu memang begitu cara dia melayan peminat dan berharap generasi baharu khususnya yang bergelar selebriti juga akan menerapkan perkara sama.

“Saya bermula dari bawah, jadi saya amat menghargai orang yang ada di sekeliling terutama peminat.

“Apapun, pemilihan saya sebagai duta produk ini dianggap sebagai satu rezeki pada tahun ini dan seperti mana yang semua orang tahu, sepanjang berkecimpung dalam bidang seni, saya memang amat suka dengan produk-produk kecantikan.

“Tetapi apa yang menarik mengenai produk ini, ia turut memberi peluang kepada saya untuk belajar mengenai setiap inci bahan-bahan dan kelebihan yang ada padanya, tidak hanya menjadi duta semata-mata,” katanya.

Tambahnya, sebelum dilantik sebagai duta produk, dia sendiri mencuba krim pelembap komestik ini dan berpuas hati dengan hasilnya.

“Selepas menjalani pembedahan bariatrik pada 2022, kulit mengalami masalah kering yang amat serius dan sesiapa yang menjalani pembedahan ini, kulit mereka akan jadi lebih kering berbanding normal.

“Apabila menggunakan krim pelembap jenama ini, kulit saya jadi lebih baik kerana ia mengandungi bahan petroleum. Selain itu, saya juga suka dengan warna-warna lipmatte yang ditampilkan jenama ini,” jelas Alyah.

Sebagai duta jenama tersebut, Alyah tekad mahu membantu mereka yang memerlukan di sekelilingnya.

“Ramai yang menghadapi ujian kehilangan sumber pendapatan, tapi saya terus diberikan rezeki oleh Allah. Jadi, saya berhasrat ingin bantu mereka mendapatkan sesuatu yang baik juga,” jelasnya.

Menyedari persaingan sengit dengan produk kecantikan lain di pasaran, Alyah berkata dia perlu bekerja lebih kuat untuk membantu jenama ini agar mendapat sambutan yang baik di pasaran.

“Apa yang penting adalah dua perkara yang perlu dititikberatkan iaitu fokus dan kedua mengekalkan.

“Memandangkan produk ini masih baharu di pasaran, kita juga memerlukan sokongan ramai, jika tidak, bagaimana kita mahu mengekalkannya dan memperbaiki banyak benda,” katanya.

Sebagai duta produk, Alyah turut diberi peluang untuk membawakan lagu tema produk ini yang dicipta komposer Exactesy dan Rudeen manakala lirik pula dicipta oleh a a a cm. – 24 Mac, 2024

Topics

 

◉ Popular

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related