◉ HEADLINES

Perolehan semasa darurat: PAC mahu kementerian titik berat penyediaan dokumen asas kontrak

PAC menegaskan bahawa walaupun berdepan dengan keadaan darurat, dokumentasi hendaklah dilaksanakan dengan usaha wajar

11:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu semua kementerian menitikberatkan penyediaan dokumen asas kontrak dalam membuat perolehan walaupun ketika darurat.

Perkara itu ditegaskan PAC susulan maklum balas diterima daripada Kementerian Kesihatan (KKM) kepada syor yang terkandung dalam Laporan Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Personel Protective Equipment (PPE).

Menurut PAC, namun KKM dalam maklum balasnya itu berkata, perolehan darurat pembelian ventilator telah dilaksanakan semasa wabak Covid-19 melanda negara, pada Februari 2020 adalah berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan/Pengurusan Belanjawan (PP/PB) 3.3 yang menyatakan tiada keperluan untuk menyedia atau menandatangani dokumen kontrak.

“Malah tegas KKM, Kementerian Kewangan berpandangan tiada keperluan untuk menyedia atau menandatangani dokumen kontrak kerana perolehan perlu dilaksanakan dengan segera dan penyediaan kontrak akan mengambil masa yang lama,” kata PAC dalam laporan tindakan susulan kementerian itu.

Terdahulu dalam syor yang dikemukakan, PAC menegaskan bahawa walaupun berdepan dengan keadaan darurat, dokumentasi hendaklah dilaksanakan dengan usaha wajar.

Dalam pada itu, PAC mahu Kementerian Kewangan sentiasa memberi peringatan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) bahawa wujudnya Garis Panduan Perbelanjaan Darurat (AP55) dan Perolehan Darurat (AP169) bagi memastikan prosedur kewangan sentiasa dipatuhi dalam menjamin kepentingan awam.

Ulasan PAC itu terkandung dalam syor perolehan darurat yang dilaksanakan KKM selaras Pekeliling Perbendaharaan/Pengurusan Belanjawan 3.3 – AP55 dan AP169 serta surat kelulusan Kementerian Kewangan bertarikh 25 Mac 2020. – 25 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related