◉ HEADLINES

Cerewet bab makan, Fasha Sandha lebih gemar memasak di bulan Ramadan

Suaminya juga lebih suka kalau Fasha memasak tetapi tidak memaksanya kerana faham kesibukannya

2:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Walaupun sibuk menjayakan penggambaran drama 15 episod, Khilaf Yang Tertulis arahan Jamal Khan ketika ini, Fasha Sandha mengakui dia masih sempat mencuri waktu untuk memasak juadah berbuka buat keluarganya.

Bercakap kepada Scoop, Fasha berkata, suaminya, Aidil Aziz lebih suka kalau dia memasak, namun tidak akan memaksanya untuk berbuat demikian kerana memahami situasinya yang bekerja.

“Dia happy (gembira) kalau saya masak. Tapi, kalau tak dapat masak, kita akan cari pilihan lain. Misalnya, menempah makanan dengan kawan online saya memang sedap memasak.

“Sebab saya sangat cerewet dalam segala benda. Termasuklah makanan. Walaupun saya lahir bukan dalam keluarga senang, tapi saya sangat mementingkan kualiti untuk semua perkara termasuklah makanan,” katanya ditemui di majlis berbuka puasa bersama Gardenia Numee, semalam.

Menurut Fasha, dia mula memasak sejak berusia 10 tahun kerana ibunya sibuk bekerja siang dan malam untuk menyara keluarga mereka.

“Disebabkan kesibukannya, mama tak berkesempatan nak masak. Saya kena goreng telur dan goreng ikan sendiri. Memang saya sangat berdikari sejak kecil.

“Sebab kami bukan orang senang. Bila mama pergi kerja, di akan sediakan bahan mentah untuk saya masak bila pulang dari sekolah.

“Waktu saya kecil dulu, kena catu-catu makanan jugalah dan menu pertama yang saya masak (ketika itu) adalah nasi goreng. Yang susah masak adalah kari ikan,” katanya.

Mengenai kontraknya sebagai duta Gardenia, Fasha berkata, dia tidak mengambil masa lama untuk bersetuju dengan tawaran daripada syarikat jenama roti popular itu.

“Selalunya untuk produk lain yang tawarkan saya jadi duta mereka, saya akan minta mereka bagi produk dulu dan saya akan cuba selama tiga bulan. Kalau produk itu okay, saya akan teruskan.

“Tapi, untuk Gardenia, saya tidak perlu berbuat demikian. Sebab, saya adalah pengguna setia jenama roti ini sejak kecil lagi. – 28 Mac, 2024

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related