◉ HEADLINES

Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo: SPRM

Fokus siasatan ketika ini adalah mengenai jumlah wang yang telah diterimanya dan siapa yang memberikan suapan itu

4:03 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam sidang media di sini hari ini berkata pihaknya tidak menafikan bahawa pegawai itu tidak bergerak sendirian dalam menerima suapan dan melindungi kegiatan terbabit, selain disyaki wujud penglibatan pegawai polis yang lebih senior.

“Boleh jadi, kami sedang menyiasat hal itu,” katanya ketika ditanya adakah kes turut melibatkan pegawai kanan senior.

Azam berkata fokus siasatan ketika ini adalah mengenai jumlah wang yang telah diterimanya dan siapa yang memberikan suapan itu.

Sebelum ini, SPRM menahan seorang pegawai kanan polis dipercayai terbabit rasuah bagi melindungi aktiviti haram di sekitar Kuala Lumpur.

Lelaki berusia 40-an itu disyaki menerima suapan antara 2021 hingga 2024 daripada sindiket dalam bentuk tunai sebagai balasan melindungi aktiviti haram melibatkan perjudian, maksiat dan kumpulan gangsterisme di sekitar Kuala Lumpur.

Hasil penahanan ke atas suspek, SPRM turut menemukan sejumlah wang bernilai lebih RM2 juta hasil serbuan di beberapa premis milik suspek. – 29 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related