◉ HEADLINES

8.4 juta terima STR Fasa 2 Rabu ini: PM

Langkah itu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana rendah untuk menangani peningkatan kos sara hidup

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menambah peruntukan program subsidi bersasar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 sebanyak 20 peratus iaitu kepada RM1.5 bilion, berbanding RM1.26 bilion pada tahun lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana rendah untuk menangani peningkatan kos sara hidup.

Katanya, seramai 8.4 juta penerima STR Fasa 2 bakal menerima bayaran antara RM100 hingga RM650 bermula Rabu ini (3 April).

STR Fasa 2 akan melibatkan bayaran antara RM100 hingga RM650.

“Ekonomi yang diterajui Kerajaan Madani bukan semata-mata untuk memperbetul struktur kewangan negara, tetapi ia berbekalkan niat ikhlas untuk memastikan kekayaan negara dapat dikongsi dengan rakyat secara lebih saksama.

“InsyaAllah, kerajaan akan tingkatkan lagi bantuan tunai kepada rakyat sejajar dengan penambahbaikan fiskal negara termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya yang juga Menteri Kewangan dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 2 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank.

Bayaran tersebut juga disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Menurut MOF, mulai 2024 kerajaan mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan.

“Oleh itu, bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

“Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan,” katanya.

Semakan status kelayakan STR dan soalan lazim boleh didapati di portal rasmi STR, melalui pautan bantuantunai.hasil.gov.my.

Susulan itu, MOF turut menasihati penerima STR agar sentiasa berwaspada dengan pautan tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR. – 1 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related