◉ HEADLINES

Jia Xin kekal digantung dua tahun: Adamas

Adamas telah berusaha menghubungi atlet lompat tinggi kebangsaan itu, menghantar e-mel dan mengambil tindakan susulan, namun gagal, malah jurulatihnya juga tidak dapat dikesan

11:34 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Hukuman penggantungan selama dua tahun daripada menyertai sebarang kejohanan yang dikenakan ke atas Ngu Jia Xin dikekalkan selepas atlet lompat tinggi kebangsaan itu gagal menghadiri prosiding rayuan pada 18 Mac lepas.

Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas), Azura Abidin berkata, tiada panggilan kedua akan dibuat kepada atlet wanita berkenaan yang disahkan positif doping pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Februari tahun lalu.

“Dia (Jia Xin) buat rayuan tetapi disebabkan tidak hadir hari sepatutnya untuk rayuan, kita kekalkan keputusan asal dulu (tentang) penggantungan dia.

“Kita telah berusaha menghubunginya, hantar surat, e-mel, dah buat tindakan susulan tapi tidak dapat, jurulatih pun tidak dapat kesan (di mana) dia,” katanya.

Azura bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Menara Kementerian Belia dan Sukan di sini malam tadi yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Konfederasi Olahraga Malaysia (KOM), Datuk R Annamalai ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan pengekalan hukuman ke atas Jia Xin.

Jia Xin digantung daripada menyertai sebarang kejohanan bermula 2 Jun tahun lepas hingga 1 Jun 2025 selepas keputusan Adamas mendapati atlet berkenaan positif bahan terlarang sibutramine. – 2 April, 2024

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related