◉ HEADLINES

Penahanan lelaki Israel: Polis giat buru lebih dua individu babitkan rakyat tempatan, warga asing

Suspek masih ditahan reman sehingga 7 Mac ini dan polis sudah merakam keterangan 23 individu bagi membantu siasatan

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu lebih dua individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Ampang pada Rabu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bagaimanapun tidak memaklumkan jumlah sebenar suspek dalam radar polis.

Sebaliknya, katanya, individu terbabit terdiri daripada rakyat tempatan dan juga warga asing.

“Kami masih mencari lebih daripada dua individu. Ada rakyat tempatan dan juga warga asing. Mereka disyaki mempunyai kaitan dengan pemilikan senjata api,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Pada Rabu lalu, polis menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk senjata api serta 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini.

Lelaki berusia 36 tahun itu dikesan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mac lalu dengan menggunakan pasport Perancis.

Polis turut menemui enam senjata api dalam bilik hotel suspek iaitu jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk kemungkinan suspek adalah ejen risikan atau pengintip.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan hasil siasatan itu kerana bimbang ia boleh menganggu dan merosakkan siasatan polis.

“Siasatan polis merangkumi semua sudut termasuk sama ada dia seorang pengintip. Kalau (dia) pengintip, kita pakai akta kita iaitu hukuman bunuh, hukuman mati dan penjara seumur hidup.

“Saya tidak kata ini (suspek) pengintip, tiada motif untuk itu. Jika dia seorang pengintip, dia tidak pernah mengakuinya. Sebenarnya, motif itu sama ada dia pengintip atau tidak, kita mahu membuktikannya,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Seksyen 12 Akta Pasport 1966.

Katanya, suspek masih ditahan reman sehingga 7 Mac ini dan polis sudah merakam keterangan 23 individu bagi membantu siasatan.

“Sementara itu, pasangan suami isteri warga tempatan yang ditahan selepas disyaki membekalkan senjata api kepada suspek pula akan direman sehingga 5 April ini.

“Kertas siasatan yang lengkap akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat,” katanya. – 2 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related