◉ HEADLINES

Gempa bumi Taiwan: Tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini

Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat gempa bumi melanda Hualien di kawasan pantai timur Taiwan hari ini, kata Wisma Putra.

Menerusi kenyataannya, Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia di kawasan terbabit diminta sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan pihak berkuasa tempatan.

“Setakat jam 10 pagi tadi, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat gempa bumi itu.

“Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Menurutnya, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei menerusi talian +886 2 2713 2626 atau emel [email protected].

Wisma Putra memaklumkan, Malaysia menzahirkan simpati mendalam kepada mangsa dan keluarga mereka yang terjejas akibat gempa bumi itu.

Sekurang-kurangnya empat maut dan 97 cedera akibat gempa bumi berukuran 7.3 magnitud yang melanda pantai timur Taiwan pada 7.58 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Pusat gempa bumi itu berada di perairan kira-kira 25 kilometer (km) dan 15.5 batu dari selatan daerah timur Hualien serta 138 kilometer (km) dari Taipei, menurut Biro Cuaca Pusat.

Gegaran itu dirasai di seluruh pulau yang menyebabkan bangunan runtuh.

Amaran tsunami dikeluarkan di pulau itu serta di tanah besar China, selain di tempat lain di rantau ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan berkata, gempa bumi itu tidak memberi sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. – 3 April 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related