◉ HEADLINES

MCMC, PDRM rakam percakapan Aliff Syukri susulan video bersifat jelik

Klip video raya yang dimuat naik di platform media sosial beliau dilihat sebagai kandungan yang bersifat jelik yang boleh melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

8:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu pejabat MCMC di Cyberjaya, hari ini.

MCMC dalam kenyataan media memaklumkan, ia susulan aduan yang diterima berhubung kandungan video teaser hari raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan.

“Setelah kertas siasatan siap, ia akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Klip video raya yang dimuat naik di platform media sosial beliau dilihat sebagai kandungan yang bersifat jelik yang boleh melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588],” katanya.

Menurut MCMC, ini termasuk Seksyen 233 yang melarang pembuatan dan penghantaran komunikasi yang antara lain, bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 588].

Jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum denda maksimum RM50,000, atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Pegawai penyiasat telah menyita kad sim dipercayai milik suspek serta satu unit telefon bimbit yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kelmarin, Aliff Syukri membuat permohonan maaf selepas ditegur ibunya kerana memuat naik muzik video terbaharunya sempena Aidilfitri berjudul Love Raya yang mencetuskan kontroversi.

Malah, Aliff Syukri turut akur dengan permintaan ibunya, Rozita Ibrahim dengan memadamkan klip video kontroversi itu di semua platform media sosialnya.

Sebelum ini, Scoop melaporkan pembikinan video muzik untuk lagu nyanyiannya sempena Aidilfitri tahun ini, bukan sahaja mengejutkan dan ditempelak ramai, malah dilabel ‘memalukan’.

Menerusi petikan video muzik dikongsikan di mediapenglipurlara yang memaparkan ‘di sebalik layar’ pembikinannya, kelihatan Aliff Syukri berendam di dalam jakuzi dipenuhi buih sabun dengan mengenakan ‘singlet’ dan seperti memakai seluar pendek. – 3 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related