◉ HEADLINES

Operasi KAHB ditamatkan selepas tidak berdaya maju: Sanusi

Anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah itu bagaimanapun tidak boleh ditutup sepenuhnya, kerana masih mempunyai aset dan hutang yang ditanggung

6:01 PM MYT

 

ALOR SETAR — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata operasi syarikat Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB), telah ditamatkan setelah didapati tidak berdaya maju.

Beliau berkata anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah itu bagaimanapun tidak boleh ditutup sepenuhnya, kerana masih mempunyai aset dan hutang yang ditanggung.

“Saya sudah lama memaklumkan bahawa syarikat itu tidak berdaya maju, penamatan operasi perlu dilakukan, walaupun sudah terlewat, ia perlu dilakukan juga.

“Syarikat itu bukan ditutup, tapi ditamatkan operasi, masih lagi ada aset, liabiliti serta hutang dan sebab itu ia tidak boleh ditutup,” katanya ketika ditemui selepas hadir Program Cahaya Ramadan anjuran Yayasan TM di Kompleks Pekan Rabu, di sini hari ini.

Muhammad Sanusi juga berkata syarikat tersebut menanggung beban hutang yang besar, sehingga tidak berupaya untuk ‘melangkah’.

Beliau juga menjelaskan kerajaan negeri tidak akan menyelamatkan syarikat tersebut, kerana ia bertentangan dengan polisi kerajaan negeri sedia ada.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 24 kakitangan KAHB tidak menerima bayaran gaji sejak tujuh hingga sembilan bulan lalu.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong baru-baru ini pula dilaporkan berkata KAHB telah memberi jaminan akan membayar gaji tertunggak kira-kira RM560,000 kepada 24 pekerja sebelum sambutan Aidilfitri ini. – 6 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

◉ Related