◉ HEADLINES

Perintah reman terhadap lelaki warga Israel disambung tujuh hari lagi

Razarudin menafikan ada mengeluarkan kenyataan kepada sebuah media mengenai individu yang menjadi sasaran bunuh oleh lelaki warga Israel terbabit

6:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Lelaki warga Israel yang ditahan kerana memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru disambung reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 13 April depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tempoh reman disambung ke atas Shalom Avitan, 38, selepas tempoh tahanan ke atasnya berakhir hari ini.

“Pihak polis masih memerlukan sedikit masa untuk mengumpulkan segala bukti kukuh berkaitan suspek utama ini (Shalom) dan pasangan suami isteri tempatan yang turut disambung reman pada Jumaat lalu.

“Buat masa ini, pihak kita (polis) masih meneliti motif utama Shalom memiliki enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru.

“Siasatan masih dibuat terhadap kesemua 15 individu yang ditahan, termasuk Shalom dan pasangan suami isteri warga tempatan terbabit,” katanya kepada Scoop.

Terdahulu Scoop melaporkan, suspek utama dikenali sebagai Shalom Avitan dikesan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mac lalu dengan menggunakan pasport Perancis.

Enam senjata api yang ditemukan dalam bilik hotel suspek adalah jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru yang diletakkan dalam beg miliknya.

Susulan itu, polis menahan tiga warga Malaysia termasuk pasangan suami isteri disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel terbabit di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor.

Polis sudah membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Seksyen 12 Akta Pasport 1966.

Dalam pada itu, Razarudin menafikan ada mengeluarkan kenyataan kepada sebuah media mengenai Eran Haya iaitu individu yang menjadi sasaran bunuh oleh lelaki warga Israel terbabit.

Malah beliau menegaskan, semua yang ditahan setakat ini masih disiasat untuk kesahihan dan motif. – 7 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related