◉ HEADLINES

Menu Rahmah sendu? Ameer Mydin gesa restoran mamak tawar inisiatif itu

Banyak kedai dan peniaga kecil yang tidak dapat meneruskan hidangan itu berikutan kenaikan kos barang mentah

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Ameer Ali Mydin mencadangkan supaya rangkaian restoran besar yang mempunyai banyak cawangan seperti restoran mamak untuk mengambil tanggungjawab sosial menyediakan Menu Rahmah.

Bercakap kepada Scoop, Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd (Mydin) berkata, ini kerana banyak kedai dan peniaga kecil yang tidak dapat meneruskan hidangan itu berikutan kenaikan kos barang mentah.

“Menu Rahmah ini tanggungjawab sosial (CSR),kalau masukkan semua kos, bayar tukang masak, sewa, memang tak boleh jual lah RM5.

“Sebab itu ramai peniaga yang tidak mampu teruskan menjual Menu Rahmah, tapi ia bukan satu paksaan.

“Bagi saya tak perlu risau kenapa Makcik Kiah tak jual menu rahmah, banyak lagi pemain besar seperti restoran mamak yang ada rangkaian premis yang banyak

“Mereka bukan peniaga kecil, untuk CSR apa salahnya buat menu rahmah, kita nak bagi orang makan,” katanya.

Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin. – Halim Salleh/Scoop, 10 April, 2024

Menu Rahmah ialah satu inisiatif kerajaan melalui bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Januari 2023.

Program bagi membantu mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah berikutan kenaikan kos kehidupan itu menawarkan set menu seimbang pada harga RM5.

Mengulas lanjut, Ameer yang juga Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera berkata, bagi beliau sendiri, pasarayanya akan berusaha menawarkan menu itu selama mana yang boleh.

“Nak kata akan tawar menu itu sampai bila kita tak pasti, tapi seberapa lama kita boleh bertahan, kita bertahan untuk menu rahmah.

“Ia adalah sebahagian kecil sahaja dari sejumlah RM3 bilion perniagaan ini, lagi pun kalau difikirkan, satu hari untuk satu kedai, paling ramai 100 atau 200 orang beli.

“Bukan semua Mydin ada jual makanan hanya 30 premis sahaja yang jual makanan, jadi kalau ambil satu kedai 100 orang, 30 kedai dah 3,000 orang. Kalaupun kita rugi sikit, saya tetap bertahan ,” katanya.

Banyak kedai dan peniaga kecil yang tidak dapat meneruskan hidangan itu berikutan kenaikan kos barang mentah. – Abdul Razak Latif/Scoop, 10 April, 2024

Beliau berkata, menjadi identiti pasaraya Mydin untuk mengutamakan pelanggan kalangan B40 dan M40.

“Kita cuba jual barangan yang mana profil pelanggan itu kalangan B40 dan M40, jadi harga mestilah berpatutan, harga rahmah untuk orang ramai.

“Contohnya macam kita jual baju Melayu, ada pelbagai harga mengikut kemampuan pelanggan, contoh baru-baru ini diviralkan pihak luar ada baju Melayu dijual RM5 di Mydin, terima kasih kepada pihak terbabit kerana tularkan di media sosialnya,” katanya. – 10 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related