◉ HEADLINES

Haram berpuasa pada 1 Syawal: Jakim

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan, hari yang turut diharamkan untuk berpuasa ialah pada Hari Raya Aidiladha serta hari Tasyriq

10:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umat Islam dilarang untuk berpuasa pada 1 Syawal kerana hukumnya haram.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan, hari yang turut diharamkan untuk berpuasa ialah pada Hari Raya Aidiladha serta hari Tasyriq.

“Diharamkan berpuasa pada Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah),” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Hantaran itu dipercayai merujuk kepada tindakan seorang wanita yang memuat naik status di Facebook, mendakwa dia mahu mencukupkan puasa 30 hari dan akan menyambut Aidilfitri esok (11 April, 2024).

Statusnya yang tertulis ‘Alhamdulillah, kami genapkan 30 hari dengan yakin. PD, Perlis nampak dengan mata teleskop berkuasa tinggi, bukan dengan mata kasar manusia’ tular di kebanyakan platform media sosial hari ini.

Wanita itu mendakwa, kepada umat Nabi Muhammad SAW yang ingkar dan derhaka, bersedialah untuk ‘menjawab di hadapan Allah SWT kelak’.

Dakwanya, ini kerana Rasulullah bersabda supaya menyempurnakan atau menggenapkan bulan Ramadan menjadi 30 hari.

“Kepada yang masih ragu-ragu, was-was, tetapi ingin mencari sebuah kebenaran, dengarkan syarahan ulamak tersohor Tuan Guru Baba Ghazali Sekam al Fathoni al Azhari,” dakwanya.

Wanita itu mengakhiri tulisannya di Facebook dengan nota: “30 Ramadan 1445H”.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian netizen yang menggesa Jakim untuk mengambil tindakan terhadap wanita berkenaan susulan statusnya itu dikhuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam.

“Mohon ambil tindakan pada mereka yang terlibat… ajaran sesat baru pula ni,” kata Saffone.

“Mohon pihak Jakim mengambil tindakan segera dan ia perlu dibendung segera kerana dia telah memesongkan fahaman ramai umat Islam di Malaysia,” kata Mohd Azizi.

“Boleh panggil (siasat) mereka, buat siasatan. Kasihan orang awam yang terpengaruh,” kata Mutasha Musli.

“Sebab tu bahaya apabila org awam diajar untuk mengikut ‘direct hadith’ dan sunnah tanpa merujuk ulamak. Maka wujudlah ramai yang acah-acah terpaling mengikut hadis dan sunnah. Padahal tanpa sedar jadi jahil murakkab,” kata Johari Hashim. – 10 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related