◉ HEADLINES

3 pekerja kebun Cameron Highlands maut MPV dirempuh lori akibat tayar pecah

Tiga penumpang MPV jenis Naza Citra, Abdullah Mohammad, 31, Ali Askar (tiada umur) serta Md Sohel Miah (tiada umur) maut di lokasi kejadian

11:06 PM MYT

 

KAMPAR — Tiga warga Bangladesh maut manakala seorang cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas akibat tayar pecah sebelum dirempuh sebuah lori tanpa muatan  di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud dalam kenyataan hari ini berkata dalam kejadian jam 1.49 tengah hari itu, tiga penumpang MPV jenis Naza Citra, Abdullah Mohammad, 31, Ali Askar (tiada umur) serta Md Sohel Miah (tiada umur) maut di lokasi kejadian. 

Pemandu Naza Citra, Md Kobir Hossain, 32, bersama tiga lagi penumpang Md Saiful Islam, 25, Md Raju Miah, 27, dan Sohel Rana, 30, tidak mengalami kecederaan sementara Mohammad Sohel, 24, mengalami kecederaan di perut, kepala serta tangan kiri.

Katanya kesemua mereka merupakan pekerja kebun di Cameron Highlands kecuali Abdullah yang tidak diketahui pekerjaannya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati semua penumpang kereta berkenaan dalam perjalanan dari Cameron Highlands menghala ke Kuala Lumpur, namun sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar belakang bahagian kiri pecah sebelum kenderaan itu terbabas dan merempuh penghadang besi di sebelah kiri.

Mohamad Nazri berkata kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di bahagian kiri jalan sebelum masuk semula ke lorong kiri.

“Lori jenis Isuzu yang melalui arah sama tidak sempat mengelak sebelum merempuh kereta terbabit dari arah belakang,” katanya.

Menurutnya pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya semua mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Tapah untuk rawatan.

“Kereta Naza Citra mengalami rosak teruk di semua bahagian terutamanya bahagian belakang manakala lori terbabit remuk sedikit di bahagian hadapan pada sebelah kiri,” katanya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – 10 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related