◉ HEADLINES

Kematian 3 anak, cucu tidak lemahkan Ismail Haniyeh

Menurut pemimpin kanan Hamas itu, semua orang di Gaza membayar dengan harga yang mahal iaitu darah, termasuk dia dan keluarganya

11:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Serangan yang mengorbankan tiga anak lelaki dan empat cucu pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh ketika melawat saudara mereka pada Aidilfitri, tidak akan mengubah tuntutan gencatan senjata kekal.

“Semua orang dan keluarga Gaza membayar dengan harga yang mahal iaitu darah, dan saya salah seorang daripada mereka.

“Tuntutan kami adalah jelas dan khusus. Musuh sedang berkhayal jika mereka berfikir dengan menyasarkan anak-anak saya, ketika kemuncak rundingan dan sebelum gerakan ini memberikan respons, akan mendorong Hamas untuk mengubah kedudukan,” kata Ismail.

Bercakap kepada Al Jazeera pada Rabu, Ismail, 61, berkata, selain gesaan gencatan senjata, tuntutan dikembalikan hak penduduk Palestin juga akan diteruskan.

Menurutnya, tiga anaknya iaitu Hazem, Amir dan Mohammed serta cucunya itu terkorban dalam serangan udara Israel di Gaza, ketika mereka melawat kem pelarian Shati, dengan kereta.

Tiga anak Ismail Haniyeh iaitu Hazem, Amir dan Mohammed yang menjadi mangsa korban serangan udara Israel di Gaza. – Gambar media sosial, 11 April, 2024

Seramai 60 saudaranya juga telah terkorban dalam masa enam bulan perang Israel -Palestin, termasuk 14 yang maut daripada serangan udara Israel ke atas rumah mereka di Gaza pada Oktober lalu.

Ismail berkata demikian dari Doha. Beliau dilaporkan mempunyai 13 anak lelaki dan perempuan.

Dalam pada itu anak sulung Ismail, mengesahkan kematian tiga adiknya meneruri hantaran di Facebook.

“Alhamdulilah kepada Allah kerana mengurniakan syahid kepada Hazem, Amir dan Mohammad serta anak-anak mereka,’’ kata Abdel-Salam Haniyeh, lapor Reuters. – 11 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related